top of page

2iec'16 merupakan akronim kepada “Innovation And Invention in Education Competition 2016”  yang merupakam pertandingan untuk mempamerkan penghasilan projek dan produk inovasi dalam bidang pendidikan yang berkualiti.

 

2iec'16 yang akan berlangsung pada 19 Mei 2016 merupakan pertandingan inovasi yang dianjurkan oleh Fakulti Seni Komputeran dan Industri (FSKIK), Persatuan Alumni IT UPSI dengan kerjasama Pusat Perhubungan Alumni (PPA), Persatuan Alumni Suluh Budiman (PASB) dan Institut Pengajian Siswazah (IPS) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Pertandingan ini dianjurkan selaras dengan visi dan misi untuk melahirkan lebih ramai generasi yang berinovasi dan kreatif. Adalah diharapkan melalui penganjuran pertandingan inovasi peringkat kebangsaan ini, ia akan menjadi platform terbaik mengetengahkan idea baru dan segar dalam bidang pendidikan untuk dimajukan.

TARIKH  : 19 MEI 2016

 

LOKASI : BANGUNAN E-LEARNING

                 KAMPUS SULTAN ABDUL JALIL SHAH, UPSI

 

MASA   : 7.30 PAGI - 5.00 PETANG

 

bottom of page